Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 14, 2010

Salam semua...
Dah berhabuk lama blog aku nie...xpe2...akan aku update bila mana yg termampu.........

sekarang nie dah habis pun sem 1 tahun 2 untuk aku bertapa kat uthm tercinta nie.. sem nie agak byk pengalaman yang ingin aku berkongsi bersama.. macam2 benda jadi..

Pada permulaan sem 1 tahun 2 aku nie...aku dapat anugerah dekan and dapat g tanjung balau for program towards first class degree...
SANGAT2 BEZ!!
Kat sane aku dapat mcm2 info yg amat2 berguna untuk diriku ini.. contohnyer:

1. bagaimana cara nk berkomunikasi dgn org dgn baik
2. always be thankful with what you have got
3. cuba dulu sebelum give up and dont ever give up
4. being truthful and be yourself
5. teamwork
6. friends
7. family
8. one true self...

Then....just study..study..study

shopping!!


Games!!


And then study again...

i met this guy... He is new.. Dia suka sgt memaksa org... I hate it.. he wanted me to be his gf and i said i dont want to
tapi dia ttp paksa aku untuk terima dia..
cinta xperlu dipaksa
it comes naturally
but he never want to understand that
he keeps bugging me
psycho...
HATE IT A LOT
perlu ke aku bercinta dgn org yg tidak dapat memahami diri aku?
Org yg suka memaksa aku?

Aku benci dgn sume nie..
Wat semak jer...

No love..No couple...
I don't want it now..

SINGLE is much better...

till the next post...
take care alwayz..
(^.-)

Monday, July 12, 2010

Hidupku yg KOSONG.....

Pada Mu kami sembah.. Pada Mu kami meminta..

Credit to Abu Aaqil(^.^)

Bismillahirahmanirahim.

Mudah2an kita saling memperingati.

Sungguh, sifat manusia suka mengeluh.

Manusia juga lemah, mudah lupa, lalai dan mengikut hawa nafsu.

——

Kadang-kala, sejenak terlintas dalam diri kita menyedari keaadaan diri kita yang “jauh” dari agama. Terasa diri “kosong”. Terasa diri banyak berdosa namun tidak pula timbul penyesalan. Terasa suka melihat perkara yang dilarang. Terasa nikmat (suka) mengikut kehendak nafsu. Tidak timbul ketakutan pada siksa neraka. Tidak pula timbul keinginan pada nikmat2 syurga. Seolah syurga neraka terlalu jauh.. seolah tidak memikirkan kita akan ke sana..

Kita hanya memikir hidup sehari2. Berkerja, dapat gaji, berbelanja bersama keluarga, makan minum sehari2, menghibur diri bermacam2 cara.

Setiap yang susah, kita mengeluh. Hati kusut dan mudah membenci setiap perkara.

Lalu kadang2 kita gembira, kadang2 sangat gembira, kemudian kita berduka, lalu sangat sedih.. dan membenci diri, menuduh orang lain, dan akhirnya…. terasa diri sangat kosong dan tak bermakna……

——

Mahukah kita tahu kenapa?

Mahukah kita kepada yang lebih baik?

Apakah kita mahukan kebahagian yang hakiki?

Bagaimana mahu begitu?

——-

Ya Allah, mudah-mudahan peroleh redhaMU.

Tahulah sebenarnya kita telah jauh tersimpang dari jalan yang sepatutnya kita lalui. Iaitu jalan yang lurus. Jalan kebahagian untuk dunia akhirat yang diturunkan Allah SWT melalui Rasul dan KekasihNYA, Nabi Muhammad SAW kepada hamba2nya yang diciptakan dari Adam A.S.

Kita sudah tersalah jalan, memasuki jalan2 yang bengkang bengkok lalu kita dijerat di dalamnya. Jalan itu jalan tipuan dunia dan syaitan. Jalan yang diciptakan Allah kepada hambanya supaya menahan diri dari memasukinya. Diciptakan dunia supaya kita diuji dan menahan diri dari nafsu dan keinginan dunia. Diturunkan panduan dan perintah dalam Al Quran dan Hadith untuk memandu kita memilih jalan yang benar (lurus).

Sekarang mahu ke jalan yang lurus, jalan yang membawa bahagia kini dan selamanya. Harus mula dengan Taubat. Menyesal atas segala kesalahan yang lepas2. Allah itu Tuhan yang menciptakan kita. Dia tahu setiap kelemahan kita, sebab itu Dia lah yang Maha Memahami. Maha Pengampun setiap kesalahan kita. Jangan lah takut dosa2 kita terlalu banyak dan besar, takut Allah tidak mengampuni… lalu tidak pula mahu bertaubat.

Sebenarnya, itu juga lah tipuan syaitan. Dibisikkan pada kita supaya terasa berat untuk bertaubat.. terasa terlalu banyak dosa hingga timbul putus asa dari meminta ampun. Dilalukan dalam hati kita, susahnya untuk bertaubat. Dilintaskan dalam hati kita perlu bersolat taubat baru dikira taubat. Terasa perlu menangis baru dikira taubat.

Semua2 itu dibisikkan di hati kita… supaya kita tidak bertaubat, miskipun diri banyak dosa.

Tahulah, Allah itu yang menciptakan kita.. Dia juga menciptakan perkara2 maksiat yang kita lakukan itu. Dia juga menciptakan nafsu yang kita ikutkan itu. Dia juga yang mencipta Iblis dan syaitan yang menghasut kita itu. Dan Dia jugalah yang memberi izin pada Iblis dan Syaitan untuk menghasut kita.

Mana mungkin Dia tidak menerima taubat kita setelah kita menyedari kesalahan diri. Sedangkan Dia izinkan kita berlaku dosa dan maksiat supaya kita bertaubat setelah tersedar. Tidak menjadi keberatan bagi Allah untuk mengampuni dosa sebesar gunung ganang… tidak pula menjadi keberatan bagi Allah untuk mengampuni dosa kita seluas laut-lautan. Besar lagi sifat Pengampun Allah. Seluas langit dan bumi (alam semesta).

Tahulah, jika telah berzina beratus2 kali… membunuh beratus2 orang… Allah mengampuni diri hambanya yang menyesal lalu berkata “Ya Allah, Aku Mohon Ampun Pada MU yang Maha Agong”….. dan merasa penyesalan sedalam2nya….

Lalu dia mati, dan Allah tempatkan dia di syurga kerana sifat keampunan Allah yang Maha Luas. Dia juga Tuhan yang Maha Pengasih.

Marilah kita berdoa… minta keampunan dari Allah SWT. Sungguh, berdoa itu perkara yang paling termudah.. namun ditiupkan rasa susah oleh syaitan laknatullah.

“YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA2 KU…. AMPUNILAH DOSA2 KEDUA IBU BAPA KU…”

“YA ALLAH, PADA MU AKU BERTAUBAT, MAKA TERIMALAH TAUBAT KU…”

“YA ALLAH, PADA MU LAH AKU MEMINTA, MAKA KURNIAKANLAH IMAN PADAKU…”

” YA ALLAH, KURNIAKAN HIDAYAH PADA KU…”

“MASUKKAN AKU DALAM JALAN2 YANG KAU REDHAI..”

“AMIN…YA RABBUL’ALAMIN….”

Allahua’lam.. Moga Peroleh Redha Allah dan diberi kekuatan iman… Amin…

Monday, June 28, 2010

Warkah untuk Semua...

Salam..
Tatapan utk semua..

Bacalah..walaupun seketika...
Xperlu bayar..free jer...

credit to: JomSayang@facebook

ALLAH Pictures, Images and Photos

Warkah Kasih Dari الله s.w.t Allah Pictures, Images and Photos

Saat kau bangun di pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini, semalam atau kelmarin ……

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja ……. AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk ………

Di satu tempat, engkau duduk di atas kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apa-apapun. Kemudian AKU Melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau bergerak ke arah telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan perkhabaran terbarunya.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU sentiasa di sisimu dengan sabar sepanjang hari. AKU melihat semua kegiatanmu. AKU berfikir mungkin engkau terlalu sibuk dan terlupa mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan tengahari AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ……. masih ada waktu yang tersisa.

AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah selamat sampai ke rumah, engkau menonton TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati rancangan TV yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kau masih tidak lagi berbicara kepadaKU ……… kau langsung tidak menyebut namaKU.

Saat tidur, KU fikir kau terlalu letih. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau masuk ke kamar tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU kau sebut. Engkau sememangnya menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, atau bersyukur dengan segala nikmat yang KU berikan kepadamu.

Keesokan harinya …… engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU ……..Tapi yang KU tunggu …….. tak kunjung tiba …… kau langsung tak menyapaKU.

Subuh …….. Dzohor ……. Asar ………. Maghrib ……… Isyak hinggalah Subuh kembali, kau masih tidak mengendahkan AKU ….. tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU ……….

Apa salahKU kepadamu …… wahai hambaKU????? Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU …………!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadapKU …… dan ingatlah AKUlah yang selalu menyertaimu setiap saat ……..

AKU yang sentiasa di sisimu setiap saat..

allah Pictures, Images and Photos


Monday, June 14, 2010

Life ...Part 2


Salam semua...
Sudah ku kumpul segala kekuatan yg ada dalam diri ini utk aku ceritakan kisah hidupku ini...
Ku sambung ape yg telah ku tinggalkan sblum nie...

Pabila aku melihat msg itu...segera aku turun dan meminta kebenaran dari pensyarahku utk keluar sebentar...
Aku terus pergi ke luar dewan...ku dail nmbr mama dan mama menjawabnya...

"Wa..mama dgn baba excident wa...Baba teruk...Baba cedera...Wa balik wa.."

Masih ku ingat suara mama ku yg penuh sayu...dalam fikiran ku.. Aku perlu balik!!

Dalam tangis..aku menggagahkan diri aku utk pergi ke pejabat HEP utk berjumpa dgn pengarah HEP(ye la kot..aku pun dah lupa..) Aku baru sahaja mahu membuka pintu tiba2 dia berdiri di depan ku... Memandangku dgn penuh tanda tanya...
Aku benar2 bersyukur kerna di tika itu aku dpt berjumpa dgn pengarah tersebut...utk pengetahuan semua...pengarah ini amat susah utk dijumpai kerana beliau sentiasa sibuk dgn tugasnya dan jrg berada di kolej...

Allah menolong ku... Aku terus menyatakan hal yg telah terjadi kepadanya dan kemudian dia mengarahkan aku supaya balik ke kolej kediaman dan packing sume barang aku..Aku akan bertolak pada pukul 12.30tgh hari itu juga...

Aku mendapatkan surat kuning(surat perlepasan keluar kelas) dan terus mengambil beg aku yg berada dalam kuliah matematik tu...

Fikiran ku amat bercelaru....
Apa yg dh jadi sebenarnya?
Mcm mana mama and baba leh excdnt...?
Mcm mimpi jer...
Ku kesat air mata ku..
terus berjalan dan menguatkan smgt ku..
Sesampai sahaja di bilik...aku mula buntu...aku tidak tahu apa yg aku harus lakukan...
Kemudian..aku teringat...
Salah seorg roomateku, Aimi Nadhiah..xde kelas sepanjg hari...
Terus aku menghubunginya...
Dia menolong ku utk packing sume barang dan menemani ku hingga aku beredar dari Kolej Martikulasi Kedah itu...
Syukur padamu Ya Allah kerana Kau telah memudahkan sgalnya utk diri ku ini...

Kebetulan...
Kampungku di Kedah juga..jadi aku pulang ke Kuala Lumpur bersama dgn grandparents belah baba ku... sepanjang perjalanan ku ke sana...aku berdoa agar walau apa pun yg terjadi... aku tetap dapat menatapi wajah mama dan baba ku ketika mereka masih hidup...

Aku sampai ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam...
Org pertama yg aku jumpa di situ ialah Mak Usu ku...
Kemudian dia membawa kami semua pergi ke ruang menunggu dan aku melihat mamaku sdg baring di pangkuan Mak Lang ku...

"Mama..."
"Anak mama dah smpai...Wa baba teruk wa...Mama xtau baba macm mana skrg.. Mama takut baba tinggalkan kita..."
"Mama jgn risau k...Insya Allah baba xde pape.."

Mama ku kelihatan seperti org separuh gila dan tidak henti2 menangis... Aku menyuruhnya utk tidur sebentar...dia lena di pangkuan ku....
Kala itu...baru aku sedar bahawa...
Aku lah Racun... Aku lah Penawarnya...
Hanya aku yg dpat menenangkan mamaku...

Bila mama sudah lena..Mak Usu ku menyuruh aku melihat keadaan baba... Aku kena tahan dan kuat utk melihat keadaan baba ketika itu....
Aku terus melangkah kaki ke bilik kecemasan.... Hanya seorg sahaja dibenarkan masuk.
Langkah kaki ku makin cepat kerana aku mahu melihat keadaan baba ku....

Aku melihat sekujur tubuh...yg penuh dgn wayar2 dan saluran pernafasan... Aku mendekatinya... Yakin..itu Baba.....
Dia kelihatan seperti susah utk bernafas....dadanya turun naik dgn kadar yg tidak menentu...
Aku menguatkan diriku utk merapatinya....

"Baba...Wa datang nie.. Wa ada kat sini ba... Baba sakit kan..? Wa ada kat sini nk jaga baba... Baba jgn risau ya... Wa ada kat sini....".

Bila ku ungkapkan ayat2 itu....pernafasan babaku kembali normal seperti biasa...
Seolah2 dia rasa tenang apabila mendengar suara ku....
Hanya Allah yg tahu bagaimana peritnya hati ini melihat org yg sentiasa tersenyum hanya terbaring di situ dgn lemah....
Aku tahan air mata ku.... Aku x mahu menangis...

Aku mengiringi baba ku ke High Dependant Ward (HDW) tempat di mana semua pesakt2 yg kritikal dan mengalami kecederaan parah di bahagian saraf dan otak.

Baba ditempatkan di wad tersebut selama 5 hari sahaja....
5 hari yg kurasakan satu penyeksaan...
5 hari yg kurasakan satu kebuntuan....
Aku mahu matanya terbuka...
Melihatku sambil tersenyum seperti dulu...
Air mata ku tahan agar aku kelihatan kuat di hadapan mama ku...
Aku tidak mahu dia patah smgat...

Ramai rakan2 baba ku tidak putus2 menziarahi baba ku....Kebanyakannya sahabat dan rakan2 nya semua mengalirkan air mata....

Aku masih ingat lagi...

Pada hari khamis..30 Julai 2008 5.45ptg
Aku berada di dalam wad tersebut...di samping babaku... Aku bacakan Al-Fatihah berulang kali... Aku bisikkan kalimah syahadah kepadanya...
Moga dia dengar dan dilindungi oleh Allah dari Iblis durjana...
Ketika aku khusyuk membaca....tiba2...aku dapat merasakan....
satu bisikan halus dalam hatiku....
Seolah2 bisikan itu dari baba...
aku buntu sebentar...
kemudian aku melihat wajahnya yg penuh dgn luka dan dibantu dgn 'mesin nyawa'.

Bisikan itu mengatakan.... Peganglah tangan baba...Baba nk rasa tangan Wa....
Aku terus menggenggam jari jemari kiri ayah ku....
Sejuk..........
Mutiara itu mahu terbit lagi tp ku tahan...
Tiba2 bisikan itu menyuruh ku memanggil mama utk dtg bertemu dgn baba ku....
Aku seperti mendengar suaranya dan segera mendapatkan mamaku yg sdg berada di luar bersama dgn sahabat handainya....

Aku memimpin mamaku utk pergi ke katil baba...
Aku katakan padanya utk memegang jari jemari baba...
Mama akur dgn kataku...
Genggaman itu....
Aku lihat....
Penuh dgn kasih sayang beserta harapan yg menggunung....

Maafkan aku sekali lagi.... Pandangan ku kabur skrg....mutiara ini mahu terbit dari bibir mata ku lagi....
Akan ku gagahkan lagi diriku ini utk menaip kisah ini hingga kesudahannya...

Salam...............

Sunday, June 13, 2010

Life...Part 1...


Salam...
hai to all....hmm....aku bru jer tgk blog2 member aku...diog nie rajin btul tulis blog ya...bgusnyer diorg...aku nie jer yg xrajin...
Bila aku baca blog2 diorg..aku rasa mcm hepi sgt sbb scra xlangsung aku tau pe yg jadi dlam hidup diorg...i miss them all... nk sgt jumpa diorg balik...
bila aku fikirkan balik....
aku nk pergi ke zaman aku sekolah dulu...
tp xbanyak perkara yg menggembirakan pada zaman tu....
selalu kena ejek...kena buli... org pandang rendah kat kita...
Almaklum lah.....xlawa n top la katakan....

Tapi...

Dalam masa yg sama..aku xnk tinggalkan waktu sekarang...
Waktu di mana aku belajar dan belajar untuk menjadi
seorg manusia yg matang..
seorg manusia yg mampu membuat keputusan sendiri...
seorg yg mampu menilai mana baik dan buruk...
seorg yg dpt merasai kasih dan sayang dari keluarga dan semuanya...
seorg manusia yg akan sentiasa berdikari dan mampu bangun semula apabila jatuh...

Banyak pengalaman yg dpt ku timba skrg...dan aku xmahu melepaskan peluang itu...
Aku sudah berada di dunia luar...
Luar dari rumahku...
jauh dari jagaan mama dan baba ku...
dan aku kena lebih kuat dan tabah mengharungi segalanya....

Aku ingin berkongsi cerita mengenai perkara yg memberi impak yg besar dlm hidupku....

Kisahnya bermula pada 25hb Julai 2008

Aku berada di bilik asrama ku...bilik C1T125..menunggu ketibaan dua insan yg paling ku sygi dlm hidup ku... aku betul2 teruja kerana sudah beberapa bulan aku tidak ketemu mereka...
Tepat pukul 3.00 ptg...mereka sampai di kolej kediaman ku di Matrikulasi Kedah...
Aku dpt bermanja dgn mereka dan melepaskan semua rindu yg telah lama terbuku di dada.. Aku usulkan pada baba ku...makan di Pizza Hut JItra...tmpt yg paling aku suka pergi(nyum2)..
Aku luangkan masa hampir beberapa jam dan kemudiannya aku pulang ke kolej kediaman ku semula....
Sebelum mereka pulang..aku bertemu dgn baba ku di kereta...tiba2 aku memeluknya dan aku rs enggan utk aku lepaskan pelukan yg hangat itu.... Dalam dakapannya...dia berbisik padaku.."Wa..blaja rajin2..jgn lupa hafiz quran...jaga mama elok2..". Pada mulanya aku agk pelik pabila dia katakan bgitu...tp aku hanya mengiyakan apa sahaja yg dia perkatakan...
Pada keesokan paginya....aku menjalani hidupku sperti biasa sbgai seorg pelajar matrikulasi...
Hidup di situ ku anggap seperti di neraka...penat...letih...bingung dgn sume benda yg terjadi di situ...semuanya kena cepat...dan selalu kena marah dgn lecturer...xsanggup lagi..tp aku kuatkan smgt juga utk belajar di situ.,....

Hari esoknya....27hb Julai 2008
Aku menerima panggilan dari mama ku yg menyatakan Pak Ngah ku telah meninggalkan dunia ini... Allahuakhbar...aku sungguh terkejut dan langsung tidak menyangka ini akan terjadi.... Aku tabahkan diriku..aku solat sunat dan baca yassin utk ku sedekahkan kepadanya..hanya itu yg aku mampu...ketika mamaku menelefon ku..mereka telah slmat smpai ke Kuala Lumpur....mereka akan bertolak ke Johor pula pada pagi itu juga...
Aku banyak menangis...
Aku tidak henti2 menangis...
Aku pelik...
Kenapa aku nangis teruk begini...?
Pada pukul 11 pagi..aku menelefon mama ku..tp tiada jawapan...
aku cuba lagi...
kemudian telefon dijawab..tp aku mendengar suara org menangis teresak2 dan meraung2...
aku menjadi sungguh pilu...bertambah deras air mata ku mengalir...aku langsung tidak tahu mengapa aku jadi begitu.........

Aku bangun..melangkah kaki utk pergi ke dewan kuliah utt pelajaran matematik...
Mama tiba2 kol ak ketika kuliah sdg berlangsung...aku tidak menjawab panggilan itu...
kemudian..aku mnerima satu msg dari mama ku....

'Mama xcdnt.'

Aku terkedu...tiba2 air mataku deras mengalir......................................................................

Maafkan aku...aku tidak sanggup menaip lagi....
Aku akan sambung menaip cerita ini setelah kekuatan kembali dtg kepada ku....

Sekian...Wassalam...

Thursday, June 10, 2010

Salam...
Hmm...another day goes by and i still have nothing to do here....
Well..tomorrow i will go to he cinema and watch the latest movie..
(hope i didnt fall asleep..huhu)
well....the movie that i am going to watch (maybe) is The Karate Kid and/or Lagenda Budak Setan..
Most of my friends said that the Lagenda Budak Setan(LBS) is one of the most romantic movie ever directed by the Malay...hmmm..
Maybe i will watch it but it clashes with The Karate Kid at 11.30 am....

Owh...nooo.....
Hmm....well..
I will decide it..tonight...
HUhu....(-.-")


Wednesday, June 9, 2010

MusIca...?


Salam semua...
Malam nie ak ad kat dlm my precious bilik... With nothing to do... Bored(-.-')
Aku bru tgk berita td..mcm2 benda berlaku kat luar rumah ak nie.,.. Hmm..mcm xpercaya jer sume benda yg telah terjadi dan akan blum lg terjadi...
Pelik kan?
Malaysia jer belum mengalami semua nie....
Alhamdulillah...
Aku byk baca dari blog org...artikel...sume nyer mcm xlogik pulak...
Mesti korg pernah dgr pasal Freemansory(FM) kan?

Freemansory nie...dari apa yg telah ak baca dan faham....merupakan kumpulan elit yg menguasai semua bidang2 yg berkaitan dgn arts and musics....
Kalau korg nk tau...sume penyanyi barat kebanyakannya involve dgn kumpulan nie...
Seolah2 mereka ini merupakan 'boneka' utk FM nie...

Aku mmg minat giler lagu2 penyanyi barat berbanding dgn penyanyi kat tanah air ak ni...kdg2 ak rs mcm penyanyi kita ni sumenyer mcm copycat..juz tiru style penyanyi barat..
But then..xjgk kan... masing2 ada style diorg tersendiri...
xboleh nk ckp pape....

Tapi aku paling terkejut giler bila dapat tau yg penyanyi2 yg ak minat ni sumenyer ada kaitan dgn FM ni...hmm.,....cedih2...
xsangka plk jd mcm tu...
aku minat muzik diorg...
tp aku xberminat dgn lifestyle or fashion diorg...
Pape pun..
kalau korg nk tau lebih lanjut pasal FM nie dari kalangan artis barat...
korang leh tgk kat link nie...
artikel dia amat bagus and memberangsangkan...
(^.-) papai

A newBie....hehehe

Salam to all the humans in this wide world...
I never thought that I have a blog for myself...
hehehe...well..rather than did not do anything..i might just spend 30 minutes to update this blog currently and everyday....
Weeiii...
Am i going insane??? well..sure did...
hmm..........